fbpx
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Selendang-Rompin di Rompin.

Lelaki Kemboja maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Seorang lelaki warga Kemboja maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Selendang-Rompin berhampiran Bukit Serdang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira pukul 8.05 pagi itu berlaku ketika mangsa Chu Aly,44, dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke arah Selendang manakala kereta dalam perjalanan dari Selendang menghala bandar Rompin.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta yang sedang bergerak lurus di laluan sah.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta jenis Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan giat dilakukan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang cuai ketika menunggang dan masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN