fbpx
Keadaan dua kanak-kanak yang ditemui separa sedar dalam kebakaran sebuah kediaman di Taman Megah Emas hari ini.

Dua beradik terperangkap: Ibu bapa keluar kerja semasa kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu bapa dua beradik yang ditemui dalam keadaan separuh sedar selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Megah Emas, di sini hari ini dipercayai keluar bekerja semasa kejadian berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, ketika kejadian, hanya dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan berada di rumah.

“Kedua-dua mangsa yang berusia empat hingga enam tahun dijumpai anggota bomba di sebuah bilik dalam keadaan separuh sedar. Ketika kejadian, ibu mereka dipercayai keluar bekerja, manakala bapa pula menjalankan perkhidmatan p-hailing,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua kanak-kanak ditemui dalam keadaan separuh sedar selepas terperangkap dalam kebakaran di Taman Megah Emas. Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Kelana Jaya Medical Centre dan dilaporkan stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN