fbpx

iGarden Lancar Swim Jet X Series Penerima Anugerah CES 2026: Mesin Renang Tanpa Wayar Pertama di Dunia pada $799

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES, 13 Mac 2026 /PRNewswire/ — iGarden, bahagian teknologi luar Fairland Group, hari ini melancarkan secara rasmi Swim Jet X Series di Kickstarter. Sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES® 2026, peranti ini menandakan kemunculan sulung komersial global bagi sistem arus lawan mudah alih tanpa wayar sepenuhnya yang pertama di dunia. Dengan mengintegrasikan teras kuasa berketumpatan tinggi dengan jayanya ke dalam casis mudah alih, iGarden menawarkan pengalaman berenang bertaraf komersial tanpa memerlukan paip, pendawaian atau kerja pembinaan. Inovasi perkakasan ini mencabar dominasi spa renang tradisional serta unit arus lawan terbina dalam yang lazimnya menuntut kerja pengubahsuaian kompleks dan pelaburan modal melebihi $20,000.

Perincian Teknologi: Peralihan kepada Sistem Tanpa Wayar 
Inovasi teras dalam X Series terletak pada seni bina "Clamp-and-Swim" ("Apit-dan-Berenang"). Sistem tradisional memerlukan pemilik rumah mengubah suai struktur kolam serta memasang talian elektrik yang kompleks. Sebaliknya, X Series beroperasi menggunakan sistem bateri litium-ion selama 10 jam tanpa wayar sepenuhnya. Ini membolehkan peranti ini disorong ke tepi kolam seperti sebuah beg pakaian dan dipasang dalam beberapa minit sahaja, menjadikan latihan renang pusingan profesional boleh diakses oleh pemilik kolam renang standard sama ada dalam tanah atau atas tanah bersaiz lebih besar daripada 2.5 meter.

Prestasi dan Kejuruteraan Keselamatan
Berbeza daripada mainan kolam rekreasi, X Series direkayasa untuk latihan prestasi. Ia menggunakan motor PMSM yang dipacu oleh Smart Flow Technology untuk menghasilkan arus lamina sehingga 3.5m/s, menyediakan rintangan mencukupi untuk latihan triatlon. Bagi memastikan keselamatan operasi, iGarden melaksanakan "Ultimate Safety Shield" ("Perisai Keselamatan Unggul") iaitu protokol perlindungan lima lapisan. Ini termasuk motor kalis air bertaraf IP68, seni bina dalaman voltan rendah serta sensor pemutusan segera yang akan menghentikan bekalan kuasa secara automatik jika unit mengesan ketidakstabilan atau kecondongan.

Ketersediaan Komersial dan Tahap Harga
X Series tersedia untuk ditempah bermula hari ini secara eksklusif di Kickstarter, dengan iGarden turut menawarkan ganjaran "Super Early Bird" terhad bagi tiga model berbeza untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza-beza. Rangkaian model ini bermula dengan Entry-Level X20-P10 ditawarkan pada harga $799 (MSRP $1,199). Menyediakan kuasa 300W dan masa operasi 1.7 jam, model ini dioptimumkan untuk rekreasi ringan dan hiburan keluarga.

Bagi penggemar aktiviti kecergasan harian, Standard X30-P30 tersedia dengan harga $1,899 (MSRP $2,999), menawarkan kuasa 500W dan masa operasi berterusan sehingga 5 jam. Perenang mahir boleh mendapatkan Flagship X35-P60 dengan harga $2,599, pengurangan yang ketara daripada harga runcit $4,299. Model kelas atasan ini memberikan kuasa 1000W, kelajuan berenang sehingga 75s/100 ela serta hayat bateri 10 jam yang besar untuk prestasi sepanjang hari.

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran khas, semua pengguna yang melengkapkan pesanan di Kickstarter dalam tempoh 48 jam pertama akan menerima secara automatik diskaun 50% bagi kos penghantaran, dengan hanya membayar $25 (biasanya $50) dan akan berpeluang menyertai loteri eksklusif di mana seorang pemenang bertuah akan menerima keseluruhan pesanan mereka secara percuma.

Pengeluaran dan Penghantaran
Disokong oleh keupayaan pembuatan matang Fairland Group, X Series mengelakkan kesilapan tidak diduga dan lazim oleh prototaip pendanaan awam. Produk ini kini berada pada peringkat semakan pengeluaran akhir, dengan penghantaran disahkan bermula pada Mei 2026 bagi memastikan penghantaran tepat pada masanya untuk musim renang pada musim panas.

Latar Belakang iGarden 

Sebagai jenama inovatif Fairland Group, iGarden menerajui revolusi AI Garden (Taman AI) global. Dengan menggabungkan AI yang canggih dengan reka bentuk eko-pintar, kami mencipta ruang luar yang mampu berfikir, menyesuaikan diri dan mengurus sendiri. Portfolio terkurasi kami yang merangkumi pembersih kolam dipertingkat AI dan mesin renang hinggalah mesin rumput pintar, pam pacuan AI serta sistem AIoT, menyediakan gaya hidup lancar yang senyap, mampan dan pintar lagi indah.

Dengan iGarden, kehidupan luar menjadi pengalaman dengan rasa santai, terhubung dan penuh seni dalam pergerakan harian.

Sentiasa Pintar. Sentiasa Menginspirasikan. Sentiasa Mampan.

Hubungan Media
Mengru Li
Wakil Perhubungan Awam iGarden
[email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4908807_MS08807_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI