fbpx
Ahmad Farhan bergambar bersama penerima bantuan dalam Program Sinar Syawal Madani Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026. FOTO FACEBOOK AHMAD FARHAN

Anwar salur bantuan raya kepada asnaf, pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan baucar pakaian Hari Raya bernilai RM200 kepada kira-kira 3,000 penerima dalam Program Sinar Syawal Madani Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, bantuan itu disampaikan bagi meringankan beban golongan memerlukan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya amat bersyukur kerana berpeluang bersama-sama meraikan kira-kira 3,000 penerima dalam program Sinar Syawal Madani Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026.

“Mewakili Perdana Menteri, saya menyalurkan sumbangan berupa baucar pakaian Hari Raya bernilai RM200 bagi setiap penerima supaya sinar Aidilfitri dapat dirasai segenap lapisan keluarga,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, program yang diadakan di Jakel Kuantan itu melibatkan pelbagai golongan termasuk pelajar sekolah menengah tingkatan lima dan enam daripada keluarga asnaf.

Turut menerima bantuan merupakan murid sekolah rendah kategori asnaf, anak yatim, pelajar maahad tahfiz serta ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, program tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Azaha Awang, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Shaiful-Azizi Sukri Mohd Kassim, Pengarah Jakel Kuantan, Suhaimi Abdul Aziz serta Mudir Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa Kuantan, Ustaz Uwais Al-Qarni Abdul Wahab.

Tambahnya, program seperti itu diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.

“(Ini) selari dengan aspirasi Malaysia Mandani dan membawa kegembiraan kepada para penerima dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI