fbpx
AHMAD (tiga dari kiri) menyampaikan hamper kepada Ketua Polis Daerah Pontian, Hadzrat Hussein Mion Hussain.(kanan) ketika melawat IPD Pontian hari ini. Foto MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan pada mesyuarat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor dijangka membincangkan kesediaan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kembali kepangkuan UMNO pada mesyuarat, esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, mesyuarat tersebut juga dijangka menyentuh isu berkaitan gesaan menarik balik penggantungan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Menurutnya, sekiranya tiada pihak yang akan membangkitkan perkara tersebut, beliau sendiri akan mengemukakan dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Namun kita yakin ada pihak yang akan membangkitkannya terutama dari UMNO Bahagian Sembrong dan Tebrau,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Ziarah Ramadan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian di sini, hari ini.

Semalam, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimem Sembrong menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang memperkasa serta memperkukuhkan UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik oleh parti itu.

Beliau terharu dan berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila parti itu membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannnya untuk bersama-sama kembali menyertai UMNO.

Manakala, Maulizan menggesa parti itu menarik balik penggantungan yang dikenakan ke atas beberapa individu sejak tiga tahun lalu termasuk terhadap dirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI