fbpx
Ibrahim menggunakan tangga khas untuk menyadat mayang kelapa di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu semalam.

OKU lumpuh kaki kanan gagah panjat pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Walaupun lumpuh kaki kanan akibat kemalangan tujuh tahun lalu, kekurangan itu bukan penghalang buat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) untuk terus berjuang mencari rezeki sebagai pengusaha nira kelapa.

Bagi Ibrahim Mamat, 44, dengan kudrat sendiri, dia tetap berani memanjat pokok kelapa setinggi enam meter bagi mendapatkan nira.

Menurutnya, air nira semakin mendapat permintaan tinggi terutama sepanjang bulan Rama­dan sehingga mampu meraih pendapatan mencecah RM6,000 sebulan.

Katanya, pada mulanya, dia hampir berputus asa selepas diuji dengan kecacatan kekal akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2019.

“Begitupun demi kelangsu­ngan hidup keluarga, saya cuba kembali bangkit kira-kira dua tahun lalu.

“Saya melihat kira-kira 20 pokok kelapa di sekitar rumah berpotensi untuk diambil nira untuk dijual,” katanya ketika ditemui di kebun kelapanya seluas 0.4 hektar di Kampung Banggol Katong di sini semalam.

Menurutnya, dia telah me­minta bantuan sepupunya untuk membina tangga khas yang lebih stabil bagi memudahkannya memanjat pokok-pokok kelapa itu.

Katanya, dia melakukan sendiri kerja-kerja menyadat mayang kelapa bagi mendapatkan nira.

“Pada mulanya agak sukar, tetapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, memanjat pokok kelapa kini sudah menjadi rutin saya.

“Selain membekal kepada pengusaha manisan atau nisan kerek sekitar daerah ini dan Marang. Saya juga buka gerai jual nira kelapa sendiri berhampiran rumah,” katanya.

Ibrahim berkata, sebotol air nira dijualnya pada harga RM5 dan RM10 mengikut saiz.

“Selain jual nira kelapa, saya juga menternak lima ekor lembu sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN