fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Wannis90 di laman TikTok

Peniaga ‘char kuey teow’ belanja pelanggan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga char kuey teow yang bermurah hati membelanja makanan kepada seorang pelanggan Orang Kurang Upaya (OKU) meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @waniss90, pelanggan berkenaan dilihat datang ke gerai Wanis Char Kuey Teow Penang untuk membuat pesanan makanan.

Dalam rakaman itu, peniaga terbabit melayan pelanggan tersebut dengan mesra sambil bertanyakan menu yang ingin dipesan.

Pelanggan OKU berkenaan kemudiannya memesan beberapa hidangan untuk empat orang ahli keluarganya termasuk makanan laut seperti kerang, sate ayam serta minuman.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pesanan selesai dibuat, peniaga tersebut memaklumkan bahawa pelanggan itu tidak perlu membayar makanan yang dipesan.

“Abang tak payah bayar. Saya belanja abang. Abang pergi duduk, kejap lagi saya hantar,” katanya dalam video tersebut.

Tindakan peniaga itu jelas mengejutkan pelanggan terbabit sehingga dia dilihat mengucapkan terima kasih serta mendoakan kebaikan buat peniaga berkenaan.

“Amin ya rabbal ‘alamin. Semoga doa tu berbalik dekat abang balik, semoga abang sihat juga,” katanya.

Di ruangan komen, seorang pengguna dikenali sebagai @iyad memaklumkan pelanggan OKU tersebut merupakan rakannya yang dikenali sebagai Ucop dan seorang yang rajin bekerja.

“Terima kasih bang. Dia ni kawan saya, nama dia Ucop. Dia OKU tapi rajin kerja. Dia memang orang yang baik. Terima kasih kerana layan kawan saya dengan baik,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @Jaa turut memuji perbuatan peniaga tersebut dengan menyifatkan nilai sebenar bukan pada harga makanan.

“Yang mahal bukan harga kerang, yang mahal adalah kita buat kebaikan pada 10 malam terakhir Ramadan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lain, @Lissya berkongsi pengalamannya pernah mengunjungi kedai berkenaan sebelum ini dan memuji sikap mesra pemilik serta pekerjanya.

“Saya pernah pergi kedai abang ni bulan puasa tahun lepas. Pemiliknya peramah dengan semua orang, staf pun layan pelanggan dengan baik dan sentiasa senyum. Semoga murah rezeki selalu bang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@waniss90 Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain . Allah berhak tukar rezeki kita sedikit kepada insan insan yang dia kehendak #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – wanis charketeow penang new

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI