fbpx
Wafariena mengidamkan bentuk badan seperti sosialit popular antarabangsa, Kim Kardashiana atau dikenali sebagai Kim K.

‘Senam squat selalu, saya suka ada bentuk macam Kim K’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Wafariena menyangkal dakwaan kononnya dia menjalani pembedahan pada bahagian punggung semata-mata untuk memiliki bentuk badan idaman seperti mogul kecantikan, Kim Kardashian.

Menurut Wafariena atau nama penuhnya Wafariena Roslan, 31, perubahan bentuk badannya jelas kelihatan adalah hasil kerja keras menerusi senaman konsisten yang dilakukan sejak bertahun-tahun.

“Saya nafikan, tak ada (pembedahan) apa pun. Sejujurnya, bulan puasa pun saya buat senaman.

“Selepas tarawih saya akan senaman untuk satu atau dua jam dan untuk muka alhamdulillah tak ada (pembedahan) selain ‘skin booster’ untuk jaga kulit,” katanya kepada Kosmo! Online pada ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu sangat mengidamkan bentuk badan seperti personaliti popular antarabangsa Kim Kardashian (Kim K) yang menjadi pendorong utama untuknya berdisiplin dalam melakukan senaman.

“Saya rasa kawan-kawan industri semua meminati dengan pinggul saya. Perempuanlah, mereka tanya saya buat apa.

“Saya cakap senamanlah, buat squat (senaman mencangkung) yang ada beberapa jenis boleh lakukan sebab saya suka badan macam Kim K.

“Tapi tak adalah nak buat sampai Kim K, cuma saya suka penampilan begitu sebab saya tinggi. Kalau kurus sangat tak cantik, saya suka ada bentuk,” ujarnya lagi.

Tegas Wafariena, rutin kecergasan yang dimulakan sejak usia belasan tahun bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya lebih kepada kepuasan diri dan membina keyakinan.

“Saya ajar juga mereka buat (senaman) bukan kata tak kongsi, bila orang tanya saya cakap buat squat. Tak ada saya nak cakap semula jadi, itu belagak jadinya.

“Daripada umur 19 tahun dah buat senaman sekarang dah 31 tahun. Saya buat senaman bukan nak masuk pertandingan atau tunjuk badan.

“Saya buat untuk diri sendiri supaya rasa yakin, fit dan cantikan diri, itu hak saya,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, perubahan bentuk badan Wafariena menjadi tumpuan netizen sehingga didakwa melakukan pembedahan pada bahagian punggung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI