fbpx
Gambar hiasan.

Konflik Asia Barat: Bekalan minyak di Malaysia terkawal, sangat membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini, jika dibandingkan dengan keadaan di kebanyakan negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dari segi keterjaminan bekalan minyak di Malaysia ia masih dalam keadaan terkawal, malah dalam keadaan sangat membanggakan.

“Sebab itu saya selalu tekankan tentang isu dan profesional. Kedua, kita akan terus mendepani permasalahan ini dengan fokus menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Bagaimana kerajaan mampu melindungi rakyat daripada impak penuh kenaikan harga minyak dan tentunya berikutan harga barang-barang keperluan lainnya.

“Sebab itu, saya maklumkan kepada Jemaah Menteri untuk menetapkan harga untuk rakyat. Ini satu keputusan yang sukar, tapi akan kekalkan RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi,” katanya pada Sidang Akhbar Khas Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, harga pasaran pada bulan lalu jauh lebih tinggi apatah lagi jika dibandingkan dengan harga di negara jiran tiga kali ganda – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI