fbpx
Gambar hiasan.

Konflik Asia Barat: Petrol RON95 kekal RM1.99 seliter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program Budi Madani RON95 (Budi95) biarpun konflik di Asia Barat masih berterusan sehingga menjejaskan ekonomi dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama, kerajaan memberi jaminan bekalan minyak juga mencukupi di negara ini.

“Satu hal yang amat membimbangkan adalah konflik ini mempunyai kesan terhadap ekonomi dunia Asia, termasuk Malaysia kerana berpunca daripada ketegangan itu, terbatas kebebasan ruang udara penerbangan, pesawat dan lebih parah gangguan bekalan minyak dan gas yang selalunya melalui Selat Hormuz.

“Tapi alhamdulillah, berkat pengurusan Petronas dan negara, kita dapat menjamin bekalan minyak yang cukup dan mengekalkan harga RM1.99 bagi Budi95,” katanya pada Sidang Akhbar Khas Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI