fbpx
ADHAM Faisal maut selepas lehernya terkena sabit yang dibawa seorang lelaki warga asing ketika menunggang motosikal di Jalan Kampung Batu 4, Selabak, Teluk Intan hari ini

Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang pelajar Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan maut selepas lehernya terkena sabit yang dibawa lelaki warga asing ketika menunggang motosikal di Jalan Kampung Batu 4, Selabak di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Adham Faisal, pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4, Agroindustri Ternakan Poltri meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, dalam kejadian itu, rakannya yang berusia 17 tahun cedera di tangan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki terkena leher mangsa ketika motosikal mereka berada berhampiran antara satu sama lain. Ekoran kejadian itu, mangsa terjatuh motosikal dan disahkan maut di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan. Turut  dirampas sebilah sabit dan sebuah motosikal.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan esok bagi permohonan reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN