fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Izlin Idris di laman Facebook.

[VIDEO] ‘Aku tak boleh kahwin, sebab bukan warganegara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki meluahkan perasaan tertekan apabila menyedari dirinya tidak mempunyai kewarganegaraan walaupun dilahirkan di Malaysia.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran oleh pengguna Facebook, Izlin Idris yang memaparkan video lelaki berkenaan mengenai situasi yang dihadapinya ketika ini.

Dalam video tersebut, lelaki berusia 24 tahun itu berkata dia baru menyedari bahawa dirinya tidak mempunyai banyak pilihan dalam kehidupan kerana tidak memiliki status sebagai warganegara.

Menurutnya, dia dilahirkan di Malaysia, namun kedua-dua ibu bapanya bukan warganegara menyebabkan dirinya tidak layak memperoleh kewarganegaraan negara ini.

“Sekarang ini aku tengah menghadapi satu situasi yang agak tertekan. Bukan sesuatu yang mudah sebab aku bukan warganegara.

“Aku dilahirkan di Malaysia tetapi tanpa kewarganegaraan,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini dia memahami bahawa anak kepada ibu bapa bukan warganegara biasanya tidak akan memperoleh taraf kewarganegaraan secara automatik.

Bagaimanapun, perkara tersebut hanya benar-benar dirasainya selepas meningkat dewasa dan perlu memikirkan masa depan hidupnya.

Jelasnya, dia merasakan dirinya sukar untuk berkahwin secara sah di sisi undang-undang kerana ketiadaan dokumen rasmi yang diperlukan.

“Kalau aku kahwin di Malaysia, aku rasa macam tak ada masa depan. Anak aku nanti pun mungkin tak ada masa depan yang elok.

“Aku boleh kahwin secara Islam, tetapi dari segi undang-undang, aku tak layak sebab tiada dokumen yang sah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN