fbpx
PESAWAT Airbus A380 milik Emirates berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di Los Angeles, California pada 2 Mac lalu. – AFP

Emirates gantung semua penerbangan keluar masuk dari Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Syarikat penerbangan terbesar Asia Barat, Emirates hari ini menggantung semua penerbangan  keluar masuk di Dubai sehingga diberitahu kelak, selepas pemintasan berlaku di ruang udara lapangan terbang Dubai semasa serangan dari Iran.

“Tolong jangan pergi ke lapangan terbang,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di laman X.

Penerbangan di lapangan terbang utama Dubai  disambung semula sebahagiannya pada Isnin lalu walaupun  serangan dron menyasarkan  sebilangan lokasi di Emiriah Arab Bersatu berlaku setiap hari.

“Demi keselamatan penumpang, kakitangan lapangan terbang, dan kru syarikat penerbangan, operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB)  digantung sementara,” kata Pejabat Media Dubai dalam hantaran di media sosial.

Pengumuman itu dibuat selepas tentera memintas objek berhampiran lapangan terbang itu  dengan seorang saksi memberitahu AFP bahawa  letupan kuat berlaku diikuti kepulan asap. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI