fbpx
Gambar hiasan.

Alumni Tindakan Siswa Bersatu anjur perjumpaan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Buat julung kali Alumni Tindakan Siswa Bersatu (TSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UKM akan menganjurkan Majlis Perjumpaan Semula (Reunion) sempena sambutan Aidilfitri pada 9 April ini.

Pengerusi Reunion, Datuk Mohamad Rais Zainuddin berkata, pihaknya menjangkakan 1,000 alumni TSB dari seluruh negara akan hadir memeriahkan majlis tersebut yang akan diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM, Bangi.

Datuk Mohamad Rais Zainuddin

Katanya, objektif majlis tersebut untuk menghimpunkan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan alumni TSB yang dibentuk lebih 50 tahun.

“Di samping itu, sebagai menghargai jasa UKM kepada alumni TSB sebahagian hasil kutipan
akan disumbangkan kepada tabung kebajikan pelajar universiti itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tindakan Siswa Bersatu merupakan platform gerakan pelajar aliran nasionalisme sejak 1970-an yang berjuang untuk kebajikan khususnya mahasiswa Melayu di universiti itu.

Majlis tersebut turut mendapat sokongan daripada IWealth Global Sdn Bhd, pengeluar produk jenama Rollti yang akan menaja dalam bentuk cenderamata.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 seorang. Alumni yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Datuk Azman Adnan di talian 019-7702 900 atau Zainal Mesran di talian 017-6840 007.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI