fbpx
TUNKU ISMAIL

Bawa saya ke mahkamah jika ada bukti – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia untuk berdepan proses perundangan jika ada pihak yang mahu mengheretnya ke mahkamah.

Pendirian itu dizahirkan Tunku Ismail menerusi ciapan di platform X dan beri bayangan untuk ‘menjemput’ mana-mana pihak yang tidak berpuas hati untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada bukti kukuh.

“Setuju. Saya ada cadangan yang lebih baik. Beramai ramai bawa saya ke mahkamah dengan apa sahaja bukti. Please,” tulis baginda.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebelum itu mengekalkan hukuman penggantungan selama 12 bulan kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya seperti yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini.

Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Tomás Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Larangan itu hanya terhad kepada perlawanan rasmi dan kelonggaran diberikan bagi membolehkan pemain berkenaan menjalani aktiviti bola sepak bersama kelab masing-masing.

Menerusi kenyataan sama, CAS mengesahkan rayuan yang dikemukakan secara bersama oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditolak dan keputusan FIFA untuk mengenakan denda CHF 350,000 kepada FAM kekal berkuat kuasa.

FAM menyifatkan keputusan CAS ini amat mengecewakan, khususnya bagi para pemain yang tidak terlibat dalam proses pentadbiran dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara berkaitan pentadbiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN