PETALING JAYA – Lambakan baju raya ready made atau siap dipakai yang dijual secara dalam talian menyebabkan tukang jahit persendirian berdepan cabaran untuk meneruskan kelangsungan hidup disebabkan tempahan semakin kurang. Sebelum ini, setiap kali tiba bulan Syawal, mereka tidak menang tangan menerima 150 tempahan pakaian, namun kini jumlahnya merosot tidak sampai separuh. Di Rembau, Negeri Sembilan, tukang jahit, Siti Khairah Che Ariffin, 44, berkata, kekurangan tempahan itu disebabkan orang ramai beralih kepada pembelian pakaian secara dalam talian sejak beberapa tahun……














