fbpx
Raja Muda Selangor berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Zainuddin dalam satu majlis di Cyberjaya semalam.

Raja Muda Selangor berkenan terima zakat perniagaan Pintas Utama RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada syarikat korporat, Pintas Utama Sdn. Bhd. bernilai RM3 juta.

Penyerahan zakat perniagaaan itu disempurnakan Pengerusi Eksekutif Pintas Utama Sdn.Bhd., Tan Sri Ir Zainudin Karjan dalam satu majlis diadakan di sini semalam.

Menurut Zainuddin, penyerahan itu mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan syarikat dalam menunaikan kewajipan zakat serta menyumbang semula kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam, khususnya di Selangor.
Katanya, setiap kejayaan yang diperoleh syarikat bukan sekadar hasil usaha dan perancangan strategik, tetap ia amanah yang perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab.

“Sebagai umat Islam, haruslah percaya bahawa dalam setiap rezeki yang dikurniakan, terdapat hak mereka yang memerlukan.

“Justeru, pembayaran zakat ini bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan agama, malah tanggungjawab sosial korporat untuk membantu memperkukuh kesejahteraan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ummah secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Beliau berkata, Pintas Utama terus komited melaksanakan tanggungjawab dan pelbagai inisiatif kebajikan pada masa depan sebagai sebahagian usaha berterusan syarikat untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

Dalam konteks ini, zakat yang diserahkan itu akan disalurkan kepada golongan asnaf melalui institusi zakat Selangor termasuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, kesihatan serta pembangunan ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI