fbpx
Gambar menunjukkan kapal IRIS Dena. - Wionews

Kapal perang Iran karam kena torpedo, 80 terkorban 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh selepas kapal selam Amerika Syarikat (AS)  menenggelamkan sebuah kapal perang Iran di perairan Sri Lanka, lapor akhbar Metro UK. 

Kapal perang itu diserang ketika dalam perjalanan pulang ke Iran dari timur India. 

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth dalam satu kenyataan berkata, tentera Washington menenggelamkan sebuah kapal perang Iran di Lautan Hindi 

AS menyatakan, sekurang-kurangnya 80 orang terkorban dalam serangan itu.

Beliau tidak menyebut nama kapal perang tersebut, namun Tentera Laut Sri Lanka  mengesahkan bahawa pihaknya telah menyelamatkan 32 orang selepas menerima panggilan kecemasan daripada kapal IRIS Dena Iran. 

Kira-kira 140 kru kapal IRIS Dena itu dilaporkan hilang. 

Menteri Luar Sri Lanka, Vijitha Herath mengumumkan di Parlimen bahawa Tentera Laut Sri Lanka menerima laporan tentang kapal IRIS Dena yang membawa 180 orang mengalami kesulitan dan karam 

“Kami telah mengerahkan kapal dan pesawat tentera udara untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat,” kata Herath. 

Seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Dr Anil Jasinghe berkata, tujuh orang berjaya diselamatkan. 

Seorang mangsa parah, manakala sebilangan lagi cedera ring, katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI