fbpx
Tangkap layar klip video yang dikongsi peniaga terbabit yang mendakwa tapak bazar berkenaan kurang dikunjungi orang ramai.

[VIDEO] Dah 21 hari berniaga, RM500 pun tak lepas lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang peniaga bazar di sebuah pusat beli-belah di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang buntu apabila tapak perniagaan mereka suram kerana kurang dikunjungi pelanggan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, peniaga yang dikenali sebagai alia_yahaya mendakwa dia mengeluarkan modal yang besar untuk berniaga di kawasan tersebut.

“Modal dah RM10,000, sewa tapak RM3,500, gaji staf dan pinjam modal RM2,000. Dah 21 hari berlalu, RM500 pun tak lepas. Ada malam balik dengan dada kosong,” luah peniaga tersebut.

Menurut wanita tersebut, sebelum ini bazar di pusat beli-belah berkenaan meriah dengan kehadiran pengunjung pada tahun sebelumnya.

“Bukan salah siapa-siapa, pihak pengurusan dah buat ‘marketing’ (pemasaran), pempengaruh terkenal pun ada datang. Tapi orang tak datang.

“Sekarang dah tak fikir untung, cuma buntu hutang nak bayar macam mana. Lagi 15 hari je tinggal (sambut Syawal).

“Kami tetap buka. Walau dalam hati makin takut. Doakan kami kuat sampai habis (raya),” katanya.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN