fbpx
GAMBAR HIASAN

‘Mak suruh buat loan, untuk bayar hutang abang ipar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ada ke patut mak aku suruh aku buat loan (pinjaman) sebab nak suruh bayar hutang abang ipar aku?”

Itu antara perkongsian seorang individu yang mendedahkan permintaan ibunya supaya dia membuat pinjaman wang bagi melangsaikan hutang orang lain.

Individu berkenaan menambah, alasan yang diberikan ibunya adalah kerana dia sudah bekerja dan tidak mempunyai banyak komitmen.

“Dia cakap aku kerja tak ada komitmen lain, setakat bayar bil telefon dengan rumah sewa je.

“Aku terkejut sebab bukan aku yang hutang. Bila aku cakap tak nak, mak aku merajuk pula dengan aku. Apa patut aku buat?,” soalnya.

Persoalan individu berkenaan meraih perhatian pakar kewangan dan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, yang berkongsi semula tangkap layar hantarannya itu di media sosial.

“Buat hutang untuk bayar hutang orang, adalah tindakan kurang bijak.

“Dah banyak kali tulis bab ini, mohon sampaikan nasihat sikit adik-adik,” katanya yang turut meminta pandangan para pengikutnya.

Rata-rata pengikut Azizul mengecam dan meninggalkan komen tidak bersetuju dengan permintaan ibu individu tersebut.

“Orang lain hutang, kita pula nak kena tanggung. Pelik betul,” ujar @Cg Norizan Ismail.

“Abang ipar? Mak kau tu okey ke tak? Sayang betul dia dekat abang ipar kau,” soal @Zheila Bakri.

“Abaikan ja kehendak mak tu. Pelik-pelik perangai mak kau dik,” komen @Nazni Ghazali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN