fbpx
PATI yang ditahan dalam Op Mahir di Seksyen 23 Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF

41 PATI ‘kantoi’ kerja tak ikut permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang majoritinya melanggar syarat pas memakan diri apabila dicekup di sebuah gudang bateri di Seksyen 23, di sini hari ini.

Serbuan Op Mahir pukul 1 tengah hari itu mendapati rata-rata lelaki berusia 20 hingga 40-an itu bekerja di gudang berkenaan, namun pas kerja mereka di sektor pembinaan dan perladangan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, segelintir daripada mereka yang sedang berehat dan makan cuba meloloskan diri namun gagal selepas kawasan itu dikepung pasukan penguat kuasa.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pendaftaran Negara melibatkan empat premis berasingan di sekitar daerah ini termasuk Kuala Langat.

Jelasnya, semakan mendapati 41 lelaki disyaki PATI itu terdiri daripada 23 warga Bangladesh, Pakistan (sembilan), Myanmar (tujuh) dan dua warga India.

“Selain tinggal lebih masa, kesalahan yang dikesan kebanyakkannya melanggar syarat pas, berkemungkinan lari daripada majikan asal atau tidak berminat bekerja di tempat lama,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.

Tambah beliau, majikan gudang akan dipanggil bagi membantu siasatan manakala semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN