fbpx
FERNANDES yakin mereka mampu mencatat kemenangan ke atas Newcastle berdasarkan prestasi semasa pasukan. - AFP

United mula terbayang kancah UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menyifatkan misi membawa pasukan kembali ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan sebagai sasaran utama menjelang aksi menentang Newcastle United di St. James Park awal pagi esok.

Menurut Fernandes, kegagalan pasukan bersaing di pentas UCL musim ini dengan hanya fokus satu perlawanan setiap minggu memberi kesan kepada rentak dan peluang buat para pemain lain mendapatkan minit permainan.

“Impak tanpa beraksi dalam saingan UCL sangat terasa kerana kami banyak bergelut musim ini apabila hanya bermain satu perlawanan seminggu.

“Apabila kurang perlawanan, lebih sukar untuk pengurus melakukan perubahan dan beri peluang kepada semua pemain.

“Situasi berbeza jika bermain di Eropah, jumlah perlawanan yang banyak membuatkan semua orang sedar betapa pentingnya setiap pemain dalam skuad.

“Apa yang penting, saya harap kita dapat teruskan rentak cemerlang kerana pasukan sedang melalui fasa yang sangat baik. Semangat juang tinggi ini amat penting untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pengendali United, Michael Carrick bakal mencipta rekod baharu jika berjaya meraih keputusan positif selepas menyamai pencapaian Ange Postecoglou ketika memulakan tugas bersama Tottenham Hotspur pada musim 2023.

Carrick kini mengumpul 23 mata daripada sembilan perlawanan pertama EPL, hasil tujuh kemenangan dan dua keputusan seri tanpa kalah selepas dilantik jadi pengendali interim sejak Januari lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN