fbpx
ANGGOTA bomba memadamkan api kebakaran sebuah gudang penyimpanan perabot di Jalan Tembaga Satu, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

100 pekerja cemas gudang perabot terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kira-kira 100 pekerja gudang penyimpanan perabot berdepan detik cemas apabila premis di Jalan Tembaga Satu, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini terbakar dalam kejadian sekitar 8.45 pagi tadi.

Seorang pekerja, Zulkifli Said, 56, berkata, ketika kejadian dia bersama rakan setugas cuba memadamkan api yang pada awalnya kecil.

“Bila nampak api makin besar, kami terus lari keluar untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.01 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Operasi melibatkan 28 anggota bersama dua jentera FRT, dua CFRT dan sebuah EMRS dari BBP Pasir Gudang, Tebrau dan Johor Jaya. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.07 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN