fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jururawat-jururawat itu berebut untuk bekerja semasa Hari Raya Aidilfitri. - TikTok

Pelik, jururawat berebut bekerja semasa hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sekumpulan jururawat di Indonesia berebut untuk bekerja semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Kulon Progo, Yogyakarta semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dweinurokta_ menunjukkan jururawat-jururawat itu mengisi jadual bertugas dan menentukan giliran kerja pada Hari Raya Aidilfitri.

Mereka tidak mengambil cuti untuk beraya, sebaliknya berebut untuk bekerja.

Rakaman itu mencatatkan lebih 264,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kerana gaji dibayar dua kali ganda,” kata seorang netizen.

“Mereka elak beraya di rumah mertua,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN