fbpx
Lokasi penemuan mayat seorang lelaki warga asing di tepi Jalan Lama Lojing, Pos Brooke dekat Gua Musang, semalam. Foto IHSAN POLIS

Mayat lelaki warga asing ditinggal tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kesan tusukan pada bahagian dada kiri, di tepi Jalan Lama Lojing, Pos Brooke, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Azlan Che Abdullah berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menerima panggilan telefon kira-kira pukul 4.35 pagi daripada anggota bertugas di Pondok Polis Lojing yang memaklumkan penemuan mayat tersebut.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan tusukan objek di dada kiri. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang, di sini untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Azlan memberitahu, polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat untuk mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI