PENINGKATAN isu tekanan emosi, konflik sosial dan salah faham dalam kalangan generasi muda hari ini bukan sekadar masalah disiplin, tetapi petunjuk kepada kelemahan dalam pengurusan emosi. Jika tidak ditangani secara sistematik, keadaan ini boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat, produktiviti tenaga kerja dan pembangunan modal insan negara dalam jangka panjang. Dalam konteks itu, kecerdasan emosi (EQ) menjadi elemen kritikal yang masih belum diberi penekanan secara menyeluruh. Kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan individu mengenal pasti, memahami dan mengurus emosi sendiri serta orang lain……














