KOTA BELUD – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok ketika menjalankan aktiviti berburu di kawasan hutan Sapoda malam tadi.
Dalam kejadian itu mangsa berusia 44 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum rakannya keluar dari kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, bilik kawalan BBP Kota Belud menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.45 malam sebelum sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai.
“Pasukan penyelamat berdepan kesukaran apabila laluan ke lokasi tidak boleh dilalui kenderaan.
“Keadaan itu memaksa mereka bersama petugas Kementerian Kesihatan dan Ranger Sapoda berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk tiba di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE
Lelaki maut jatuh pokok ketika berburu
- Oleh IVAN AMIRUL
- 1 Mac 2026, 12:41 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Tukang masak maut, rakan selamat kereta terjunam dalam sungai
3 Disember 2025, 10:43 am

Lelaki maut dihempap ‘coupling shaft’ lori tercabut
24 November 2025, 12:05 pm

Lelaki maut ditembak di Sungai Golok tak sempat timang anak sulung
2 November 2025, 12:46 pm

Lelaki maut tersepit, nahas kereta dan treler simen
14 Oktober 2025, 9:08 am

Lelaki melambung, motosikal bertembung kereta
6 Oktober 2025, 10:51 am

Lelaki maut tersepit, kereta terbabas langgar tiang lampu
16 September 2025, 3:11 pm

Lelaki diseret 40 meter, motosikal bertembung trak pikap
16 September 2025, 2:50 pm

Lelaki maut selepas langgar serpihan tayar pecah
16 September 2025, 12:46 pm






