fbpx
Antara hantaran daripada rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah ketika ini.

Rakyat Malaysia di Riyadh, Qatar dengar dentuman, bunyi misil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi dan Qatar berkongsi pengalaman mendebarkan apabila mendengar bunyi letupan dan dentuman susulan ketegangan memuncak antara Iran dan Israel.

Menerusi hantaran tular di platform Threads, seorang wanita dipercayai berada di Riyadh memaklumkan dia cuba kekal tenang walaupun mendengar bunyi letupan berhampiran kawasan kediamannya.

“Kawan-kawan lain kat Saudi dengar tak?” soalnya.

Di ruangan komen, beberapa pengguna Threads lain turut memberi maklum balas berbeza.

Ada yang mendakwa tidak mendengar bunyi letupan, namun menyatakan terdapat pesawat berlegar-legar di ruang udara kawasan masing-masing.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi pengguna dipercayai rakyat Malaysia di Qatar memohon doa selepas mendakwa berulang kali terdengar dentuman misil Iran jatuh di negara itu.

“Doakan kami yang di Qatar ya teman-teman. Berulang kali dentuman misil Iran jatuh di Qatar,” tulisnya dalam hantaran yang meraih puluhan ribu tontonan.

Malah, seorang pengguna lain memaklumkan melihat objek menyerupai misil di ruang udara selepas terdengar beberapa kali bunyi dentuman.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Arab Saudi atau Qatar berhubung dakwaan serangan tersebut.

Perkongsian tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga dan kenalan di Asia Barat.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi serta mengelakkan penyebaran berita tidak sahih yang boleh mencetuskan panik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN