fbpx
Sebuah pasar raya sediakan sudut khas bagi memudahkan pelanggan mencari bahan untuk menyediakan resepi Khairul Aming.

Khairul Aming punya pasal, pasar raya buat sudut khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian apabila sebuah pasar raya mengambil inisiatif mewujudkan sudut khas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barangan untuk menyediakan resipi popular beliau.

Menerusi perkongsian pengguna Thread dikenali Sabrinamaznii, langkah kreatif itu dilakukan selepas dicadangkan sendiri oleh majikannya bagi membantu pelanggan dalam mencari bahan masakan yang diperlukan.

“Boss bagi ‘assignment’ (tugasan), minta buat Khairul Aming Corner jadi pelanggan senang hendak mencari barang,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyambut baik inisiatif tersebut dan menyifatkannya sebagai langkah bijak serta responsif terhadap trend semasa.

“Bos awak pandai sebab saya selalu pergi pasar raya besar, tetapi kena cari satu persatu, pernah juga terdetik kalau mereka buat begini kan senang,” kata Fawzanie.

“Sos plum jangan lupa, masih tak jumpa lagi,” pesan Nuraina.

“Bagus memudahkan, tapi rasanya walaupun poster guna AI (kecerdasan buatan) tetapi ada pemiliknya. Harap ada minta izin pemiliknya dan promosi juga bagi menghargai usaha dia,” kata Sir Asyraf.

“Marketing (pemasaran) yang bijak,” ujar Fahan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 5,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN