fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu mencuri beg tangan ketika jemaah sedang sujud. – Lambe Turah

Wanita bertelekung curi beg ketika jemaah solat tarawih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita bertelekung dirakam mencuri beg tangan ketika jemaah menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Bogor, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Masjid At-Taufiq, daerah Bogor Tengah kelmarin.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita terbabit perlahan-lahan mengambil beg tangan yang diletakkan di tepi dinding ketika jemaah sedang sujud.

Beg tersebut mengandungi telefon bimbit dan dompet. Mangsa menyedari barangnya hilang selepas selesai solat.

Pengurus masjid berkata, mereka telah memeriksa rakaman CCTV untuk mengenal pasti pelaku.

Siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN