BERMULA dengan batuk kecil, namun dianggap batuk biasa, dan mungkin disangka kesan jerebu atau perubahan cuaca. Namun apabila batuk berkenaan berlarutan berminggu-minggu, tanpa sedar seseorang itu mungkin sedang membawa bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tuberkulosis (tibi). Pada awal Februari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 2,571 kes tibi dalam tempoh sebulan iaitu peningkatan hampir 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Lebih membimbangkan, 10 kluster aktif dikesan di seluruh negara. Ini bukan sekadar statistik, sebaliknya adalah amaran. Ramai menganggap tibi……














