fbpx
USS Gerald Ford berlabuh di Teluk Souda di Pulau Crete, Greece pada 24 Februari lalu. - AFP

Macam mana nak serang Iran? Tandas kapal perang terbesar tersumbat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Kerahan kapal perang Amerika Syarikat (AS) selama berbulan-bulan di Asia Barat mencetuskan masalah baharu kepada kira-kira 5,000 kelasi yang kini terpaksa berdepan masalah kumbahan dan tandas tersumbat, lapor laman berita NDTV semalam.

Kapal pengangkut pesawat terbesar dunia, USS Gerald R. Ford dikerahkan sejak Jun tahun lalu dan tempoh pengerahan dilanjutkan ketika ketegangan dengan Iran semakin meningkat.

Tempoh lapan bulan di laut memberi kesan kepada bukan sahaja kakitangan, malah kapal itu sendiri termasuk kerosakan peralatan kerana penangguhan penyelenggaraan dan naik taraf.

Laman berita NPR melaporkan bahawa sistem paip di kapal pengangkut itu semakin teruk, di mana tandasnya tidak berfungsi, dengan kelasi bekerja sepanjang masa untuk membaiki kebocoran.

“Memandangkan ia adalah sistem vakum, masalah dengan satu kepala boleh menyebabkan semua tandas di bahagian kapal itu hilang sedutan, menjadikannya sukar bagi kru penyelenggaraan untuk menyelesaikan masalah. 

“Kru turut menemui segala-galanya daripada kemeja-T hingga tali yang membuatkan sistem tersumbat,” lapor NPR.

Seorang kelasi di atas kapal memberitahu bahawa kru-kru berasa marah dan kecewa serta ingin meninggalkan Tentera Laut sebaik sahaja kerahan  tamat.

Washington kini mempunyai lebih 12 kapal perang di Asia Barat, dengan satu kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln, sembilan kapal pemusnah dan tiga kapal tempur pesisir. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN