fbpx
Mohd. Nasaruddin (kiri) turut melihat siasatan yang dilakukan anggota polis dan forensik ke atas SUV X70 yang terkena tembakan di Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Mohd. Nasaruddin nyaris ditembak mampu kawal emosi, tetap tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir dalam keadaan tenang meskipun nyaris terkena tembakan dalam insiden pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ini kerana Mohd. Nasaruddin dari unit terlatih dan mampu mengawal emosinya.

“Perkara ini bukan kata biasa tetapi dia terlatih untuk mengawal emosi, reaksi dan sebagainya, jadi kita nampak dia tenang.

“Malah, beliau masih lagi komited dengan kerja di mana itu yang kita mahukan daripada semua pegawai dan anggota di Bukit Kayu Hitam,” katanya kepada pemberita di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Katanya, beliau melihat anggota dan pegawainya tetap bersemangat untuk menjalankan tugas dan berdiri teguh di belakang komander itu.

Sementara itu, kata Mohd. Shuhaily, Mohd. Nasaruddin juga menyatakan untuk mengetahui pelaku kejadian itu yang kini sedang diburu pihak polis.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam itu nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) X70.

Beliau bagaimanapun terselamat apabila dua tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua suspek menaiki sebuah motosikal tersasar.

Tembakan terkena pada pintu penumpang belakang sebelah kanan dan pintu penumpang hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN