fbpx
Tangkap layar artikel Kosmo! yang dikongsi semula Anwar di akaun Facebooknya, hari ini.

Anwar ucap tahniah buat 7 hero Tasik Biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang kelmarin.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau berasa tersentuh membaca kisah keberanian kesemua pemuda itu yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan ibu serta dua anak kecil.

“Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa. Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini,” katanya.

Anwar berkata, keberanian dan keikhlasan mereka mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.

Beliau turut mendoakan agar wanita dan dua kanak-kanak tersebut diberikan kesembuhan dan berada dalam perlindungan Allah SWT.

Hari ini Kosmo! melaporkan jeritan dan ta­ngisan mangsa yang terperangkap selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam Tasik Biru mendorong sekumpulan pemuda terjun untuk menyelamatkan nyawa ketiga-tiga mangsa.

Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, seorang wanita berusia 40-an bersama dua anak perempuan berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Salah seorang pemuda itu, Mohamad Fahmi Ismail, 33, berkata, ketika kejadian, dia sedang menikmati juadah moreh sebelum dimaklumkan dalam kumpulan WhatsApp komuniti bahawa terdapat kereta Proton X50 tenggelam di Tasik Biru.

Dia bersama rakan-rakan kemudian bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, dia mendapati suasana bertukar panik dengan jeritan dan tangisan kanak-kanak dari dalam kereta berkenaan yang hampir tenggelam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI