fbpx
ZAHIRIL menafikan dakwaan mengecilkan hidung namun cuma mengawal otot di bahagian tersebut.

‘Bukan kecilkan hidung Korea, saya cuma lemahkan otot’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular mengenai video menjalani rawatan hidung, pelakon Zahiril Adzim jauh sekali ingin mengubah bentuk asal atau mengecilkan sebaliknya, hanyalah untuk mengawal otot di bahagian berkenaan.

Ujar Zahiril atau nama lengkapnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, 42, dia bersikap terbuka mengenai rawatan tersebut dan tidak mempunyai sebarang rahsia untuk disembunyikan.

“Saya belum tengok video itu dan masih belum baca komen. Tapi saya tahu mereka nak muat naik, saya tiada nak rahsia-rahsia.

“Tapi hidung saya masih besar, saya bukan kecilkan hidung.

“Hanya untuk lemahkan otot di bahagian hidung sebab bila makin menua makin kembang. Jadi saya lakukan supaya tidak membesar, itu saja,” katanya kepada Kosmo! Online pada tayangan perdana filem Amir Amira yang bakal ditayangkan pada 26 Februari ini.

Tangkap layar video Zahiril semasa sedang melakukan rawatan mengecilkan otot hidung.

Pada masa sama, pelakon filem Martabat: Misi Berdarah itu menegaskan tidak mempunyai keinginan memiliki hidung yang terlalu mancung atau kecil seperti selebriti antarabangsa.

“Saya tiada niat nak kecilkan macam hidung Korea. Jangan risau, saya tak akan kecilkan hidung saya.

“Saya dah 14 tahun dalam industri. Kalau saya nak buat, mungkin tahun kelapan atau ke-10 saya sudah buat.

“Ini sudah 14 tahun, tak payahlah. Orang akan cepat perasan nanti,” ujarnya.

Ditanya mengenai kesan selepas rawatan, Zahiril mengakui masih belum nampak perubahan yang ketara.

“Ini baru pertama kali saya cuba. Saya pun tak pasti apa perubahannya, tapi terasa lembut sedikit,” luahnya.

Sebelum ini, tular video Zahiril sedang membuat rawatan hidung di sebuah klinik kecantikan namun, video tersebut sudah dipadam pihak klinik tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI