fbpx
Johari bersama Anwar pada Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

Tiada hitam putih, kedudukan 17 Ahli Parlimen Bersatu belum diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kedudukan 17 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang didakwa bakal menyertai parti lain masih belum dapat diputuskan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang pemakluman rasmi secara bertulis berhubung status sebenar Ahli Parlimen terbabit.

Menurut beliau, selagi tiada pengesahan hitam putih daripada pihak berkaitan, sebarang keputusan atau pengumuman tidak boleh dibuat.

“Sebaik sahaja kita terima pemakluman rasmi, barulah kita akan umumkan, termasuk melibatkan soal kedudukan tempat duduk di Dewan Rakyat.

“Buat masa ini, saya masih menunggu. Mungkin minggu depan kerana persidangan hanya berbaki dua hari lagi,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, di sini malam ini.

Terdahulu, media melaporkan wujud spekulasi mengenai kedudukan 17 Ahli Parlimen Bersatu yang dikatakan bakal membuat keputusan politik bersama Hamzah, sekali gus menimbulkan persoalan tentang status mereka di Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI