fbpx

Adik maut, kakak parah kereta terbabas rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki dua beradik yang terbabas di Kilometer 4, Kampung Seberang Kepat dekat Tanah Merah hari ini.

TANAH MERAH – Seorang lelaki maut manakala kakaknya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di Kilometer 4, Kampung Seberang Kepat dekat Kusial Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Wan Muhammad Syahrul Hafizan Wan Ab. Ghani, 20, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tanah Merah selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Wira dinaiki dua beradik itu sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Kulim menghala ke Tanah Merah.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kereta yang dipandunya sebelum terbabas merempuh sebatang pokok yang berada di bahu kiri jalan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, Wan Muhammad Syahrul Hafizan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, kakak mangsa, Wan Nursyahira, 21, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dilaporkan belum sedarkan diri dan masih dirawat di hospital berkenaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI