fbpx
Jemaah menunaikan solat ‘tarawih kilat’ di Sekolah Pondok Al-Qur'aniyah. - Kompas

‘Tarawih kilat’ 23 rakaat 7 minit, jadi tradisi 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Solat tarawih kilat yang sering dilakukan di Sekolah Pondok Al-Qur’aniyah, Indramayu, wilayah Jawa Barat, diteruskan pada Ramadan tahun ini selepas 17 tahun tradisi itu dikekalkan, lapor laman berita Kompas semalam.

Solat sunat itu dilaksanakan dengan 23 rakaat dalam masa enam ke tujuh minit.

Dengan gerakan yang pantas dan beritma, solat tarawih itu banyak disertai oleh golongan muda.

“Saya tidak berasa letih. Sudah saban tahun saya menunaikan solat tarawih di sini, jadi sudah terbiasa,” kata seorang jemaah, Akilah.

Imam dan Ketua Yayasan Pondok Pesantren Al-Qur’aniyah, KH Azun Mauzun berkata, solat tarawih kilat itu dilakukan secara berasingan di halaman masjid. 

Dalam masa sama, di dewan utama, solat tarawih dengan pergerakan normal diteruskan seperti biasa.

Menurut Azun, sekolah itu memilih untuk mengekalkan tradisi tarawih kilat tersebut dengan matlamat utama untuk menggalakkan generasi muda melakukan ibadah semasa Ramadan. 

“Jika kita menghapuskannya, ia seolah-olah kita menghapuskan tradisi solat tarawih yang cepat,” kata Azun.

Berkenaan teknik solat yang sangat singkat, Azun menjelaskan bahawa ia dapat dilakukan kerana hanya meliputi rukun solat, sementara bacaan surah terhad kepada surah pendek.

“Bagi bacaan, seperti biasa, ada tajwid, ada surah dan kami juga memenuhi rukunnya. Bagi surah, kami membaca surah pendek, bukan yang panjang,” kata Azun. 

Tambahnya, pergerakan pantas itu hanya terpakai untuk solat sunat tarawih dan witir, manakala bagi solat wajib lima waktu, tempoh dan pergerakannya kekal normal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN