fbpx
ANGGOTA bomba membawa turun Yeong Keong selepas dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri ketika mendakj Gunung Lambak, Kluang hari ini. Foto JBPM

Dijemput ajal ketika daki Gunung Lambak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika mendaki Gunung Lambak di sini selepas dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri dalam kejadian tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari selepas Loh Yeong Keong, 54, memulakan pendakian sekitar pukul 11 pagi bersama kakak iparnya yang berusia 53 tahun.

Jelasnya, mangsa yang berasal daripada Taman Naseb di sini disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Katanya, pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat yang berlaku dan proses bedah siasat akan dilakukan pagi esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kluang menerima maklumat kejadian pada pukul 12.28 tengah hari daripada kakak ipar mangsa sebelum 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saifulfadly Karim menemui mangsa pada jarak perjalanan kira-kira 1.5 kilometer dari kaki gunung.

Ujarnya, PKO telah memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan di kepala sebelum membawanya turun ke kaki gunung menggunakan pengusung.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya selepas disahkan meninggal oleh pegawai perubatan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN