PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri terjejas ialah Perak melibatkan daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai serta Johor Bahru,” ujarnya.
Amaran sama turut melibatkan sebahagian besar Sarawak antaranya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu serta Miri termasuk Telang Usan, Miri dan Marudi selain Limbang.
“Di Sabah pula, kawasan pedalaman seperti Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh berkenaan,” Katanya. – KOSMO! ONLINE













