fbpx
Kehadiran Didie Alias menziarahi anak lelaki pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru hari ini mengundang sebak ramai.

Pelukan Didie Alias buat Amyza Aznan undang sebak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sentiasa ada, kehadiran selebriti versatil Didie Alias menziarahi anak lelaki pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru hari ini mengundang sebak ramai.

Dalam video yang dimuat naik, Didie dilihat memeluk erat Amyza sebagai tanda sokongan kepada rakan seperjuangan yang kini berdepan dugaan termasuk apabila dua anaknya kini disahkan menghidap penyakit kanser.

Didie, 55,  juga dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memeluk Amyza selain meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan Andre.

“Mohon doa buat Andre Mikhail,” katanya ringkas.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut tidak dapat menahan sebak selain mendoakan agar Amyza diberikan kekuatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebelum ini, Amyza melahirkan rasa terharu terhadap Didie yang memulakan kutipan sumbangan buat dua anaknya, Andre dan Adrian Adam.

Semalam, Amyza mengejutkan ramai apabila memuat naik beberapa hantaran yang meminta orang ramai mendoakan anaknya selain memohon pertolongan sekiranya terdapat ikhtiar lain seperti perubatan secara batin untuk menyembuhkan Andre.

Dia juga memaklumkan hari ini akan membawa Andre pulang ke rumah.

Terdahulu, sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Amyza seterusnya sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila Adrian, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN