fbpx
Gambar Hiasan

LRT3 Shah Alam dijangka beroperasi sebelum Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua proses ujian, pentauliahan dan penyelesaian isu teknikal dijangka dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini dua kumpulan tren melibatkan 14 daripada 22 tren telah selesai menjalani ujian larian tanpa gagal (FFR)

“Satu lagi kumpulan merangkumi lapan tren masih dalam proses menjalani ujian berkenaan selama 22 hari,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Belia menjawab soalan tambahan Senator Mohd. Hasbie Muda mengenai jaminan tarikh baharu projek itu dapat disiapkan selepas beberapa kali mengalami penangguhan.

Anthony Loke berkata, masih terdapat beberapa isu teknikal perlu diselesaikan dan proses seterusnya selepas FFR adalah ujian serta pentauliahan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Dalam pada itu, beliau menafikan kelewatan pengoperasian LRT3 berikutan langkah rasionalisasi kos projek.

Jelas beliau, ia sebaliknya berpunca daripada isu teknikal yang timbul semasa fasa ujian sistem.

“Apa yang berlaku sekarang adalah isu teknikal, bukan isu pengurangan kos,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN