fbpx
Hidangan enak daripada pelbagai negeri yang disajikan untuk berbuka puasa di Sofitel Kuala Lumpur.

‘Air tangan’ 14 cef meriahkan barisan menu berbuka puasa di Sofitel KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sofitel Kuala Lumpur (Sofitel KL) membawa konsep bufet berbuka puasa, Destinasi Rasa Serantau untuk mengajak tetamu meluangkan masa, berkongsi hidangan, menghargai semangat bulan yang suci ini melalui perjalanan warisan dan rasa yang enak.

Lebih menarik pada tahun ini, seramai 14 cef menghasilkan 14 inspirasi menu daripada kampung halaman yang pastinya akan mengembalikan nostalgia, kenangan manis pengunjung ketika masih kecil di kampung atau teringat kepada keluarga yang berada nun jauh di kampung.

Menurut kenyataan Sofitel KL, setiap hidangan adalah penghormatan penuh makna kepada warisan, kenangan dan rasa yang mendefinisikan pelbagai wilayah di negara ini.

“Antara hidangan istimewa yang menakjubkan dan diinspirasikan daripada siluet kapal wap klasik, adalah rendang daging yang lembut dan dibalut dalam pastri keemasan berlapis serta dipersembahkan seperti kapal yang berlayar menuju ke pesta.

“Rempah yang kaya beraromatik masak secara perlahan di dalam kerak Wellington yang rangup menjadikan, menu ini begitu istimewa menjadikan ia  khusus dihidangkan pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja,” katanya.

Selain itu, terdapat juga hidangan asam pedas peranakan ekor lembu (Melaka), dan paha lembu bakar bumbu Minangkabau (Negeri Sembilan); kambing golek Bumbu Jawa (Selangor); udang galah Masak Diraja (Kuala Lumpur); nasi dagang ikan tongkol (Terengganu).

Menu lain yang pastinya menjadi tarikan pengunjung adalah ketupat sotong sumbat ubi keledek (Kelantan), patin masak lemak tempoyak (Pahang), nasi biryani gam berlauk (Johor), popiah basah dengan aneka makanan laut (Wilayah Persekutuan), rendang tok rusuk lembu Angus (Perak), gulai tiga beradik (Kedah), nyonya mi udang galah (Pulau Pinang) dan ikan bakar kampung (Perlis).

Bagi penggemar durian, pengalaman ini juga menjadi tarikan utama mereka kerana boleh menikmatinya di   Stesen Durian di Le Bar Terrace hanya pada setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Tawaran durian tanpa had ini disediakan secara percuma sebagai sebahagian daripada bufet, yang memberi peluang istimewa untuk pencinta raja buah menikmati sepuas hati dalam suasana santai dan mesra.

Harga bufet ialah RM228+ seorang dewasa (Isnin hingga Khamis) dan RM248+ seorang dewasa (Jumaat hingga Ahad). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN