PETALING JAYA – Tular video di media sosial memaparkan sekumpulan individu disyaki mencuri kabel di kawasan Seksyen 3, Shah Alam, baru-baru ini.
Kegiatan tersebut berjaya dirakam oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Menerusi video berdurasi 16 saat itu, kelihatan sekumpulan individu disyaki sedang mencuri kabel dengan menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda.
Dalam hantaran sama, seorang pengguna turut mendedahkan bahawa kejadian sama turut berlaku sebelum itu di Seksyen 6, Shah Alam.
Menurut Azer, kumpulan itu dipercayai menjalankan kegiatan mencuri kabel pada awal pagi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan orang ramai.
“Sampai jahanam jalan dibuatnya. Buat kerja pukul 5 pagi. Macam orang sama ini,” dakwanya.
Sementara, orang ramai menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas termasuk mengesan kesemua individu yang terlibat. – KOSMO! ONLINE














