fbpx
Gambar Hiasan

Harga bazar Ramadan ‘cekik darah’, ayam golek cecah RM60

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir pengguna media sosial mula mempersoalkan harga makanan di bazar Ramadan tahun ini yang didakwa semakin tinggi dan tidak masuk akal.

Menurut hantaran di laman X @MalaysianFoods, terdapat peniaga yang didakwa meletakkan harga bagi ayam golek sehingga mencecah RM60 seekor.

Hantaran yang sama turut berkongsi beberapa harga makanan terkini yang dijual di bazar Ramadan.

“Ini sebab kenapa kita tak perlu pergi bazar. Harga karipap RM10, murtabak RM10 sekeping, roti john ayam RM20 manakala daging RM25 serta air balang cawan kecil RM8 dan cawan besar RM15,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai turut meluahkan kekecewaan ekoran kenaikan harga mendadak yang dikenakan oleh segelintir peniaga.

“Tidak disangkal lagi harga di bazar Ramadan mahal dan tidak berpatutan malah ada yang menipu, elok masak sendiri di rumah dan makan ala kadar sahaja,” kata Hassan.

“Tak silap aku, tahun lepas murtabak RM5 sekeping kan. Lajunya naik sampai RM10,” soal Iceb.

“Betul-betul ‘cekik darah’. Baik pergi restoran makan untuk berbuka,” kata Hafiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN