KOTA KINABALU – Seramai 336 mangsa banjir daripada 111 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas setakat ini.
Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah, mangsa paling ramai dipindahkan di Kota Marudu membabitkan 274 orang daripada 83 keluarga dan kini berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2.
Sementara itu, di Pitas, seramai 62 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke empat PPS membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom, Dewan Majlis Daerah Pitas, Dewan Kusilad dan Dewan Kabatasan.
Bagi daerah Pitas, sebanyak 19 kampung dilaporkan terjejas akibat banjir setakat ini. – KOSMO! ONLINE
Banjir Sabah: 336 mangsa, 24 kampung dinaiki air
- Oleh IVAN AMIRUL
- 20 Februari 2026, 3:29 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Liga Super: Selangor anggap aksi final
11 April 2026, 9:30 am

Baling dilanda banjir, hujan lebat sejak petang
9 April 2026, 11:52 pm

Hujan lebat di 8 negeri hingga 7 malam ini
9 April 2026, 5:26 pm

Hujan lebat, ribut petir hingga 5 petang ini
9 April 2026, 2:43 pm

Hujan lebat landa 4 negeri hingga tengah hari ini
9 April 2026, 10:18 am

Hujan lebat landa beberapa negeri hingga 3 petang ini
6 April 2026, 2:13 pm

Hujan lebat dijangka hingga 7 malam ini
5 April 2026, 4:04 pm

Menjejak rasa kampung di Kopi O Kampong
5 April 2026, 8:40 am






