fbpx
REMAN ke atas lelaki yang disyaki membunuh isteri menggunakan lesung di Kampung Makam Kota Tinggi, Jumaat lalu disambung enam hari lagi.

Reman suami bunuh isteri hamil guna lesung disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Reman ke atas lelaki keturunan Rohingya yang disyaki membunuh isterinya yang sarat hamil menggunakan lesung batu Jumaat lalu disambung lagi enam hari.

Tempoh reman yang bermula esok sehingga Rabu minggu depan itu disambung bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek etnik Rohingya itu dapat dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, suspek berusia 35 tahun itu direman enam hari berakhir hari ini. Terdahulu, suspek ditahan polis di sekitar rumah sewanya di Kampung Makam Jumaat lalu selepas disyaki membunuh isterinya dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi.

Isterinya yang sedang hamil tujuh bulan ditemui berlumuran darah dan tidak bernyawa oleh pemilik rumah kira-kira pukul 7 pagi selepas dimaklumkan sendiri oleh suspek.

Suspek memberitahu pemilik rumah bahawa dia sudah ‘matikan’ isterinya di dalam sebuah bilik di rumah sewa berkenaan. Polis tidak menolak kemungkinan cemburu menjadi punca kepada pembunuhan itu.

Semalam, jenazah mangsa yang berusia 34 tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam bersama anak yang masih dalam kandungannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN