fbpx
Jazmanie (dua dari kiri) memeriksa spesifikasi tayar sebuah bas ekspres semasa Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Bas Kota Bharu, Lembah Sireh dekat Kota Bharu malam tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Ramai warga asing ‘pinjam’ lesen memandu rakyat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kebanyakan warga asing di negara ini meminjam lesen memandu rakyat tempatan untuk memandu kereta dan menunggang motosikal di jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, kesemua individu terlibat merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, kesalahan itu direkodkan di seluruh negeri termasuk Kelantan dan Terengganu.

“Sehubungan itu, JPJ bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen (JIM) untuk mengambil tindakan ke atas pemandu asing yang menggunakan lesen warga tempatan,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Bas Kota Bharu, Lembah Sireh di sini malam tadi.

Jazmanie berkata, JPJ akan meneruskan operasi di seluruh negara, dengan usaha tertumpu di negeri seperti Kelantan dan Selangor.

Sementara itu, katanya, dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 bermula 9 Februari lalu, penguatkuasaan turut diberikan penekanan kepada penunggang motosikal yang paling berisiko terlibat dalam kemalangan.

Setakat semalam, sebanyak 41,332 buah motosikal diperiksa, 7,414 notis saman dikeluarkan dan 103 buah motosikal disita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI