fbpx
Penerbit dan pelakon Erma Fatima mencuri tumpuan selepas berkongsi untaian foto dirinya seolah-olah memberi bayangan dirinya kembali ke kerusi pengarah selepas 10 tahun.

Ramai pelakon ‘A list’ Nusantara, Erma Fatima kembali mengarah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – 10 tahun selepas mengarahkan drama terbaik, Pesan Dari Tuhan, penerbit dan pelakon Erma Fatima mencuri tumpuan apabila berkongsi untaian foto dirinya seolah-olah memberi bayangan kembali ke kerusi pengarah.

Tanpa memperincikan terlalu mendalam, Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali menerusi Instagram memuat naik foto berada di set penggambaran untuk sebuah projek kerjasama Malaysia dan Indonesia.

“Lama tak rasa macam ini (begini),” demikian coret Erma, 58, di samping beberapa foto yang menyaksikan pelakon ‘A-list’ terlibat dalam projek terbabit termasuklah Datin Seri Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.

Dalam hantaran terbabit, Erma menggunakan audio lagu islamik, Wahai Pemilik Jiwa dendangan asal Opick.

Turut kelihatan dalam hantaran terbabit adalah gambar bintang Indonesia, Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

Erma ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, dia sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah dan sekadar melepaskan rindu untuk projek istimewa tersebut.

“Lepas gian selepas 10 tahun tak direct (mengarah). Saja suka-suka, setakat ini tak tahu lagi mana nak tayang,” katanya ringkas.

Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu kali terakhir mengarah telefilem menerusi Pesan Dari Tuhan yang diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN