fbpx
Mohamed gembira melihat perkembangan tanamannya yang diusahakan di rumah dan tumbuh subur. - Foto FACEBOOK MOHAMAD SABU

‘Alhamdulillah, bawang ros merah Bang Mat tanam tumbuh subur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, bawang ros merah yang Bang Mat tanam dekat belakang rumah ni naik elok, hijau subur”.

Itu perkongsian Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu mengenai perkembangan bawang rose merah yang ditanamnya sendiri di rumah.

Beliau yang gemar menggelarkan dirinya sebagai ‘Bang Mat’ di media sosial itu berkata, dirinya gembira dengan perkembangan tersebut.

“Tengok pun rasa seronok. Tanam sikit-sikit untuk guna sendiri pun dah boleh jimat belanja dapur.

“Kalau ada lebih, boleh bagi jiran rasa sama. Rezeki ni lagi berkat bila kita kongsi,” katanya menerusi media sosial, semalam.

Mohamad dalam masa sama turut menggalakkan masyarakat mula bercucuk tanam bagi kegunaan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan.

“Kalau ada yang nak buat kecil-kecilan dulu pun tak apa. Bila dah nampak hasil, bolehlah tambah keluasan, jadikan sumber pendapatan pula.

“Kalau tak pasti cara tanam, baja atau nak tahu macam mana kawal penyakit, boleh hubungi Jabatan Pertanian. Mereka memang sedia bantu dan tunjuk ajar. Yang penting kita mula!,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN